Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya
Telefon : 03-8870 7000
Fax : 03-8870 7003
Email : falak[at]islam[dot]gov[dot]my
Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Jabatan ini berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai ”agensi pusat” yang unggul dengan memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam. Ia dilaksanakan melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu
perkhidmatan dalam bidang dakwah dan pembangunan insan, penyelidikan dan pembangunan, perundangan Islam, akidah dan aliran pemikiran,
pengurusan halal, pengurusan siasah syariah, kewangan dan ekonomi serta tarbiyyah dan tadribiyyah Islamiah dengan menyediakan
perkhidmatan seperti yang berikut:
Menyediakan draf undang-undang syariah dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan selepas semua dasar diputuskan.
Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak, muamalat, al-Quran dan al-Hadis dalam tempoh
sekurang-kurangnya enam bulan (6) hingga selewat-lewatnya 12 bulan selepas arahan diterima bagi mendapatkan pandangan hukum
dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Memberi maklumbalas terhadap jemputan penceramah, pembentangan kertas kerja, forum, khidmat pakar perundingan dalam tempoh tujuh
(7) hari bekerja selepas permohonan diterima.
Menerbitkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam seminggu sekali di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal bagi permohonan yang memenuhi syarat dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan
diterima.
Memberi maklumbalas kepada pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan cepat,dan tepat dalam tempoh
satu (1) hari bekerja bagi akuan penerimaan dan tiga (3) hari bekerja bagi pertanyaan dan aduan.
Memastikan semua aduan yang bermaklumat lengkap diurustadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklumbalas dikeluarkan
dalam tempoh 14 hari bekerja.
Memastikan urusan di kaunter perkhidmatan pelanggan utama memenuhi kehendak pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.
Memastikan perkhidmatan Portal JAKIM beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun.
Polisi Privasi
Privasi AndaHalaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan
perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi
maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang
lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang DikumpulTiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang
dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja.
Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan
supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan DasarSekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu,
bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Polisi Keselamatan
Perlindungan DataTeknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk
melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang
tidak dibenarkan.
Keselamatan StoranSemua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan
menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai