...
| | WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Berita

Berita

Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa Dan Hari Raya & Penyelarasan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1442H / 2021M


Kompleks Islam Putrajaya, 9 Mac 2021 / 25 Rejab 1442H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa Dan Hari Raya & Penyelarasan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1442H / 2021M bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 9, Blok A, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh; Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah JAKIM, Pengarah Seksyen Graviti & Falak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Timbalan-Timbalan Mufti dan Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia. Ahli mesyuarat telah berbincang, menganalisis dan mengesahkan data bagi penentuan awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah 1442H /2021M, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia, Kaedah Cerapan Hilal Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyelaras isu-isu falak antara negeri. Keputusan-keputusan yang dihasilkan akan memberi panduan kepada masyarakat Islam di Malaysia menjalani ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Diterbitkan pada : 18-03-2021