...
| | WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Berita

Berita

Program Cerapan Dan Solat Sunat Khusuf Sempena Gerhana Matahari Separa


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah mengadakan aktiviti Cerapan dan Solat Gerhana Matahari Separa yang berlaku di Malaysia pada hari Ahad 21 Jun 2020 bersamaan 29 Syawal 1441H. Aktiviti Cerapan dan Solat Gerhana Matahari Separa 2020 yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Azhari bin Mohamed; Ketua Pengarah JUPEM, YBhg. Dato’ Sirajuddin bin Suhaimee; Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM dan pegawai kakitangan jabatan yang terlibat. Fenomena Gerhana Matahari berlaku pada 21 Jun ini berlaku dan boleh disaksikan kira-kira 8% hingga 37% (Jasad Matahari dilindungi Bulan) oleh seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala penduduk di negara Afrika Tengah, Semenanjung Tanah Arab, Pakistan, India, Nepal, China dan Taiwan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin. Menurut sumber falakonline.net, maklumat lengkap fenomena ini yang berlaku di dunia boleh didapati dari laman web Xavier M. Jubier, NASA eclipse website atau TimeandDate.com. Ringkasnya fenomena Gerhana Matahari yang merentasi Malaysia dan sekitar Asia Tenggara bermula dari tahun 2019 hingga 2042 adalah sebagaimana berikut :
Diterbitkan pada : 06-02-2021