...
| | WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Berita

Berita

Cerapan Hilal Rasmi Syawal 1443H


Pada 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022, Cerapan Rasmi Hilal Syawal dilakukan di 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia. Jawatankuasa Melihat Anak Bulan / Rukyah Negeri yang diketuai oleh SS Mufti Negeri menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal. Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff bersama YBhg. Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) dan beberapa pegawai menjalankan amanah menerima laporan cerapan daripada semua lokasi cerapan. Hilal Syawal telah kelihatan di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan dan disahkan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan. Pada masa yang sama, pasukan pencerap Negara Brunei Darussalam jua berjaya mencerap hilal tersebut melalui teleskop dan teodolit. Maka setelah diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong, maka tarikh 1 Syawal 1443H telah diputuskan jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Umat Islam di Malaysia berpuasa sebanyak 29 hari sahaja pada tahun 1443H / 2022.
Diterbitkan pada : 2022-05-01