...
| | WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Berita

Berita

Bengkel Penyelarasan Cadangan Pembangunan Pusat Falak MKI


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kajian Syariah, Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Cadangan Pembangunan Pusat Falak MKI pada hari Selasa hingga Rabu, 29-30 Mac 2022 bersamaan 26-27 Syaaban 1443H bertempat di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah. Prof. Dato' Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin dan En. Arif Hani bin Abd. Rahman merupakan panel pembentang pada bengkel kali ini dan dihadiri oleh YB En Mohd Azam bin Abd Samat Adun Sungai Limau, Panel Pakar Falak JAKIM, Penyelidik JAKIM, Cawangan Pembangunan Bahagian Keawangan JAKIM, Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman (BPEN), Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Pejabat Daerah dan Tanah Yan Kedah Darul Aman, Majlis Daerah Yan Kedah Darul Aman, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman (JKR), Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman, Jabaran Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Kedah Darul Aman dan pegawai-pegawai pelbagai agensi berkaitan. Bengkel ini diadakan susulan daripada perbincangan bersama Bahagian Pembangunan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada bulan Februari yang lalu. Masih terdapat banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum hasrat pembinaan Pusat Falak MKI ini dapat direalisasikan suatu hari nanti, Insya-Allah.
Diterbitkan pada : 2022-03-29