...
| | WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Berita

Berita

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2022


Kompleks Islam Putrajaya, 28 Februari 2022 bersamaan 26 Rejab 1443H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 01 Tahun 2022 secara telesidang berpusat di Bilik Mesyuarat Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan disertai semua ahli-ahli Panel Pakar Falak yang dilantik berdasarkan jawatan dan kepakaran. YBrs. Puan Safina binti Zainal selaku setiausaha telah membentang minit mesyuarat, kertas cadangan dan makluman falak. Mesyuarat ini juga telah menganalisis dan mengesahkan data bagi hari cerapan, awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah 1443H/2022, semakan Takwim 2024/1445-1446H. Manakala Profesor Dato’Dr Mohd Zambri bin Zainuddin telah membentang laporan kajian Cerapan Hilal, Kecerahan Langir dan Pembiasan Cahaya di Ufuk bagi tahun 1442H. Mesyuarat pada kali ini adalah mesyuarat yang pertama bagi lantikan ahli Panel Pakar Falak bagi sesi 2022/23. Berikut adalah senarai ahli Panel Pakar Falak JAKIM bagi sesi 2022/23 : 1. Ketua Pengarah (Pengerusi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2. YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff (Timbalan Timbalan Ketua Pengarah ( Dasar) Pengerusi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 3. YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal (Setiausaha) Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 4. YBrs. Sr. Dr. Ahmad Sanusi Bin Che Kob Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 5. YBrs.Tuan Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer Yang DiPertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia 6. YBrs. Dr. Mohd Saiful Anwar bin Mohd Nawawi Pengerusi Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) 7. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin Profesor Kehormat Universiti Malaya 8. YBrs. Prof. Madya Dr. Mustafa Din bin Subari Pusat Perdana untuk Polisi Sains, Teknologi dan Inovasi Universiti Teknologi Malaysia 9. YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz Pesara Pensyarah Universiti Sains Malaysia 10. YBrs Prof. Madya Dr. Sa’adan bin Man Pensyarah Kanan Universiti Malaya 11. YBrs. Tuan Haji Mohamad Saupi bin Che Awang Pesara Universiti Teknologi Malaysia 12. YBrs. Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak Masjid Kota Iskandar, Johor 13. YBrs. Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 14. Sahibus Samahah Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Bin Haji Sitiris Timbalan Mufti Negeri Selangor 15. Sahibus Fadhilah Amran Bin Haji Awaludin Timbalan Mufti Negeri Sembilan 16. Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Diterbitkan pada : 2022-02-28